Ads 468x60px

Pages

Saturday, December 29, 2012

:.Laksa Kelantan.:

Salam...

Kalini nk post pasal laksam plak.entry ni pn takde gambo sebab lupa nk snap.huhu...ni cara-cara nak buat kuahnya sj.laksamnye beli kt pasar je

Bahan2 utk 2 kilo laksa:

1kg ikan selayang.kt sini rsnya org pggl ikan sardin
1kg santan
10biji bawang merah
3 biji bawang putih
Seinci lengkuas
Sesudu kerisik
Sedikit belacan
7kpg asam keping
Gula dan garam

Bahan2 ulam:

Taugeh
Kacang panjang dipotong halus
Timun dipotong halus
Ulam daun dimayang halus
Bahan sambal lada:
Cili padi dan garam - di blend

Cara2:

1. Ikan direbus.letak sedikit asam keping dan garam
2. Perisikn ikan dan blend
3. Bawang putih,bawang merah,lengkuas,kerisik dan belacan diblend sekali
4. Dalam periuk satukan ikan,bahan blend,air dan santan.
5. Gaul hingga sebati baru di masak atas api.
6. Masukkan asam keping dan perasakn.
Dah siap..senangkan.

Tips from umi: utk taknak kuah berketul,sentiasa kacau kuah dan agak2 baru gelegak tutup api untuk elakkan pecah minyak. Bila dah tutup api jangan berhenti kacau hingga kuah agak sejuk. Bia dah sejuk, kacau sekali sekala.
Hidangkan dengan laksa,ulam2 dan cili blend tadi

Selamat mencuba!

:.Daging Kaprau.:

Salam...

Menu baru yang dimasak semalam.tak rugi mencuba...sangat sedap.

Resepi ini diambil dari blog ini. thanks ye akk..berbaloi saya masak..hehe


Cara-cara masak ni copy paste je ye..hehe

BAHAN2:


250 gms daging batang pinang dihiris nipis (atau ayam)
2 sudu besar paste tomyam 
cili api  diketuk2 (ikut kepedasan. resipi asal mesti pedas)
2 labu bawang besar (dibelah lapan dan dicerai2kan)
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos cili/sos Thai
! sudu besar sos tiram (yus tambah sendiri)
Daun selasih

CARA:

1. Perap daging yang telah dihiris bersama 2 sudu paste tomyam selama ½ jam. 
2. Tumis 1 labu dulu bawang besar yang telah dikerat 8. 
3. Masukkan cili api yang telah ditumbuk kasar. Setelah agak garing, masukkan hiriisan daging yang telah diperap dan goreng hingga daging kecut.
4. Masukkan kicap manis dan sos cili dan terus goreng. 
5. Masukkan daun selasih yang telah dipetik2, dicuci dan ditoskan. 
6. Masukkan juga baki 1 labu bawang besar. Setelah bawang besar layu, padamkan api dan hidang.


Selamat mencuba..

Wassalam...

Thursday, September 6, 2012

:.Kuzi ayam.:

Salam...

Blog ni pn lama sgt xberupdate.bkn xnk update tp byk yg xde gambo..rs cm xbest plak resepi xde gambo.tp xpela dr trs xberupdate kn..jom layan...

Ni resepi umi..mmg yg terbaik setakat ni.masakan kuzi ni so far xpenah jmp lg kt KL.n kt Klantan pn time raya je ada.biasanya bt mkn ngan roti jala.roti biasa pn ok gak

Sorry ye bahan2 nye xde anggaran.sb xreti nk anggar exactly.selalu tgk umi masak main campak2 je dlm periuk

BAHAN2:
Seekor Ayam
Bawang merah
Bawang putih
Bawang besar
Kentang potong dadu
Badam
Rempah kuzi
1 tin Susu cair
1 tin Tomato puree
Susu pekat

CARA2:
1. Ayam digoreng separuh masak
2. Bawang merah,bawang putih dan bawang besar dimayang halus dan digoreng. - Dah siap bwg goreng ni tumbuk tapi jangan hancur sangat
3. Kismis,kentang dan badam digoreng berasingan dalam 2-3 minit
4. Dalam periuk lain,campur semua bahan yang digoreng td (ayam,bwg,kismis,kentang,badam)
5. Masukkan air utk jadikan kuah.
6. Masukkan rempah kuzi.kacau hingga sebati
7. Masukkan susu cair dan tomato puree. Maniskan dengan susu pekat dan sedikit garam
8. Kacau hingga sebati. Tunggu sampai menggelegak dan siap utk dihidang

Selamat mencuba ;)

Thursday, March 8, 2012

:.Shepherd Pie.:

Salam Jumaat semua...

Sambil2 tunggu kawan2 untuk pegi lunch dan sementara takleh wat keje sebab system down.so meh kita belajar wat sherperd pie ni ye.

senang je nak wat.ada byk version sebenarnya.setelah digodek2 banyak blog keluarlah version saya yang simple ni.version saya main campak2 je.xde sukatan sangat ye

tapi berbanyak maaf resepi kalini takde gambo la..sebab lupa nak amik.klu agak2 nak tengok gambo goggle je.banyak gambonye.hehe

Bahan2:
3 biji ubi kentang direbus hingga empuk (betul ke empuk..huhu)
1 biji bawang Holland potong dadu
Carrot dipotong dadu jugak
Daging cincang
Serbuk lada sulah
Serbuk lada hitam
Mentega/butter/olive oil
Daun sup dicincang halus

Cara2:
1. Panaskan kuali dan masukkan mentega/butter/olive oil.
2. Bila mentega cair masukkan daging cincang. Gaul hingga masak
3. Masukkan carrot yang telah di dadu tadi dan daun sup
4. Perisakan dengan lada hitam dan lada sulah. Ketepikan
5. Dalam bekas lain lenyekkan ubi kentang dengan sedikit mentega dan lada sulah
6. Panaskan oven dalam 190 darjah celcius
7. Tuang daging tadi dalam loyang untuk lapisan bawah
8. Tuang ibu kentang lenyek (mashed potato) tadi atas lapisan daging
9. Masukkan dalam oven. Bakar dalam 15 minit atau hingga potato berwarna kekuningan

*jangan lama sangat@sampai hangit sebab semua bahan dah masak ye

selamat mencuba :)

Sunday, February 12, 2012

:.Cream De Fruta.:

Salam...

Bukak blog ni sb nk himpun segala resepi masakan tapi dah 2 bulan tak gerak2 pn lg.so sebagai permulaan. terimalah Cream De Fruta. nk buat dia senang je.output dia pn sedap.cuma takleh mkn selalu la sb dia ada letak creamcheese.



Ni yang dah siap dibuat.sebelum dimasukkan
ke dalam fridge utk disejukkan semalaman.



Ni la hasilnya selepas disejukkan semalaman.
kebetulan plak saya puasa.mampu telan air liur je la.


Ni plak hasilnya bila dah potong.masa ni potong utk bg ofismate rasa.
masa tgh potong tu hampir2 dh nk jilat jari.seb baik teringat tgh puasa.huhu


Ni lagi 1 sudut yg dlm loyang.saya guna loyang yg blh bukak tepi tu.sng nk potong.
cam tuan blog tu cadangkan.

Ni resepinya;

Bahan:
1/4 cawan susu pekat - resepi asal 3/4
1 tin Nestle Cream/ 1 cawan whipping cream
1 tin furit cocktail - sejatkan airnya
1 cawan syrup dari fruit cocktail
1 pek biskut Marie coklat
1/2 sudu teh serbuk agar-agar

Cara-caranya:
1. Satukan dan pukul susu pekat dengan Nestle Cream.dah sebati ketepikan
2. Susunkan biskut dalam loyang
3. Tuangkan krim tadi ke atas biskut.jgn tuang semua sebab kita nk layerkan dia.tuang biar dia ttp biskut je.
4. Taburkan fruit cocktail atas cream tadi.
5. Ulang teknik tadi.letak biskut,tuang cream dan tabur fruit cocktail.ulang sampai adunan habis.ketepikan
5. Panaskan syrup dengan serbuk agar.kacak hingga larut.
6. Tuangkan pada lapisan atas sekali.masukkan dalam peti sejuk.kalau boleh semalaman lagi bagus.

Dah siap resepi saya.haha perasan.ni bukan resepi saya ye.saya pun cilok dr blog org lain. credit to tuan punya blog

Ok sekian utk kali ini.

Wassalam...