Ads 468x60px

Pages

Sunday, February 12, 2012

:.Cream De Fruta.:

Salam...

Bukak blog ni sb nk himpun segala resepi masakan tapi dah 2 bulan tak gerak2 pn lg.so sebagai permulaan. terimalah Cream De Fruta. nk buat dia senang je.output dia pn sedap.cuma takleh mkn selalu la sb dia ada letak creamcheese.



Ni yang dah siap dibuat.sebelum dimasukkan
ke dalam fridge utk disejukkan semalaman.



Ni la hasilnya selepas disejukkan semalaman.
kebetulan plak saya puasa.mampu telan air liur je la.


Ni plak hasilnya bila dah potong.masa ni potong utk bg ofismate rasa.
masa tgh potong tu hampir2 dh nk jilat jari.seb baik teringat tgh puasa.huhu


Ni lagi 1 sudut yg dlm loyang.saya guna loyang yg blh bukak tepi tu.sng nk potong.
cam tuan blog tu cadangkan.

Ni resepinya;

Bahan:
1/4 cawan susu pekat - resepi asal 3/4
1 tin Nestle Cream/ 1 cawan whipping cream
1 tin furit cocktail - sejatkan airnya
1 cawan syrup dari fruit cocktail
1 pek biskut Marie coklat
1/2 sudu teh serbuk agar-agar

Cara-caranya:
1. Satukan dan pukul susu pekat dengan Nestle Cream.dah sebati ketepikan
2. Susunkan biskut dalam loyang
3. Tuangkan krim tadi ke atas biskut.jgn tuang semua sebab kita nk layerkan dia.tuang biar dia ttp biskut je.
4. Taburkan fruit cocktail atas cream tadi.
5. Ulang teknik tadi.letak biskut,tuang cream dan tabur fruit cocktail.ulang sampai adunan habis.ketepikan
5. Panaskan syrup dengan serbuk agar.kacak hingga larut.
6. Tuangkan pada lapisan atas sekali.masukkan dalam peti sejuk.kalau boleh semalaman lagi bagus.

Dah siap resepi saya.haha perasan.ni bukan resepi saya ye.saya pun cilok dr blog org lain. credit to tuan punya blog

Ok sekian utk kali ini.

Wassalam...