Ads 468x60px

Pages

Thursday, March 8, 2012

:.Shepherd Pie.:

Salam Jumaat semua...

Sambil2 tunggu kawan2 untuk pegi lunch dan sementara takleh wat keje sebab system down.so meh kita belajar wat sherperd pie ni ye.

senang je nak wat.ada byk version sebenarnya.setelah digodek2 banyak blog keluarlah version saya yang simple ni.version saya main campak2 je.xde sukatan sangat ye

tapi berbanyak maaf resepi kalini takde gambo la..sebab lupa nak amik.klu agak2 nak tengok gambo goggle je.banyak gambonye.hehe

Bahan2:
3 biji ubi kentang direbus hingga empuk (betul ke empuk..huhu)
1 biji bawang Holland potong dadu
Carrot dipotong dadu jugak
Daging cincang
Serbuk lada sulah
Serbuk lada hitam
Mentega/butter/olive oil
Daun sup dicincang halus

Cara2:
1. Panaskan kuali dan masukkan mentega/butter/olive oil.
2. Bila mentega cair masukkan daging cincang. Gaul hingga masak
3. Masukkan carrot yang telah di dadu tadi dan daun sup
4. Perisakan dengan lada hitam dan lada sulah. Ketepikan
5. Dalam bekas lain lenyekkan ubi kentang dengan sedikit mentega dan lada sulah
6. Panaskan oven dalam 190 darjah celcius
7. Tuang daging tadi dalam loyang untuk lapisan bawah
8. Tuang ibu kentang lenyek (mashed potato) tadi atas lapisan daging
9. Masukkan dalam oven. Bakar dalam 15 minit atau hingga potato berwarna kekuningan

*jangan lama sangat@sampai hangit sebab semua bahan dah masak ye

selamat mencuba :)

0 comments:

Post a Comment