Ads 468x60px

Pages

Thursday, September 6, 2012

:.Kuzi ayam.:

Salam...

Blog ni pn lama sgt xberupdate.bkn xnk update tp byk yg xde gambo..rs cm xbest plak resepi xde gambo.tp xpela dr trs xberupdate kn..jom layan...

Ni resepi umi..mmg yg terbaik setakat ni.masakan kuzi ni so far xpenah jmp lg kt KL.n kt Klantan pn time raya je ada.biasanya bt mkn ngan roti jala.roti biasa pn ok gak

Sorry ye bahan2 nye xde anggaran.sb xreti nk anggar exactly.selalu tgk umi masak main campak2 je dlm periuk

BAHAN2:
Seekor Ayam
Bawang merah
Bawang putih
Bawang besar
Kentang potong dadu
Badam
Rempah kuzi
1 tin Susu cair
1 tin Tomato puree
Susu pekat

CARA2:
1. Ayam digoreng separuh masak
2. Bawang merah,bawang putih dan bawang besar dimayang halus dan digoreng. - Dah siap bwg goreng ni tumbuk tapi jangan hancur sangat
3. Kismis,kentang dan badam digoreng berasingan dalam 2-3 minit
4. Dalam periuk lain,campur semua bahan yang digoreng td (ayam,bwg,kismis,kentang,badam)
5. Masukkan air utk jadikan kuah.
6. Masukkan rempah kuzi.kacau hingga sebati
7. Masukkan susu cair dan tomato puree. Maniskan dengan susu pekat dan sedikit garam
8. Kacau hingga sebati. Tunggu sampai menggelegak dan siap utk dihidang

Selamat mencuba ;)